Khamis, 9 Julai 2009

Tazkirah Jumaat

Amalan harian Rasulullah
Ustaz Mohd Zaimi Harun


Ustaz Muhammad Ariffin Ilham (pelopor Majlis Az Zikra) seorang Ulama Muda yang terkenal di Indonesia.Bang Arffin tidak pernah meninggalkan 7 amalan sunnah nabi ini walau dalam keadaan sesibuk macammana sekalipun…
Mungkin ramai dikalangan kita telah melaksanakannya ..Cuma bagi yang masih belum istiqamah, elok sebagai Tazkirah kepada kita..
Bukan untuk tujuan untuk mendewakan tokoh Cuma mempelajari apa yang baik dari orang yang mengamalkannya..
1)SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Bangun sekitar jam 3.00 pagi..beribadat,quran,zikir hingga subuh(Rujuk Quran Surah Az Zumar ayat 9 dan Al Israk ayat 79)Dia kerap membaca hadis ini”Kemuliaan seorang mukmin ,terletak pada solatnya diwaktu malam” (Fathul Kabir)
2)TADABBUR AL QURAN
(Mengaji dan mengkaji)Dia selalum berpesan supaya khatam bacaan dan khatam terjemahan khatam tafsir serta tadabbur dan asyik dengan ayat-ayatnya..hadis yang selalu disebutnya”Barangsiapa yang ingin bercakap-cakap dengan Rabbnya maka bacalah al Quran”.
3)SOLAT JAMAAH DI MASJID/SURAU/MUSOLLA
Kemana sja dia pergi maka dia tetap mencari tempat berjamaah di masjid atau sebagainya walau terpaksa berjalan beberapa kilometer.
”Hanya ada satu alasan orang tidak solat subuh berjamaah di Masjid yakni ALMALASU(maksudnya MALAS)Dia mengatakan bahawa antara ciri hamba Allah yang Husnul Khatimah ialah yang gemar melakukan solat subuh di masjid.
4)SOLAT DHUHA
Dia dikatakan tidak pernah meninggalkan solat dhuha sejak zaman persekolahannya diMadrasah Thanawiah Pondok Pesantren.Kumpulan mereka digelar ”Ashabuddhuha”.Beliau sering menyebut sabda Rasulullah”Solat Dhuha dua rakaat lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya”.
5)BERSEDEKAH
Dia terkenal seorang yang sangat dermawan.Perkataan popularnya ialah”Carilah rezeki dengan bersedekah”
6)MENJAGA WUDHUK
Hidupnya sentiasa didalam berwudukdan tidak akan menyenth atau disentuh bukan mahramnya.Nas yang selalu dibawanya”Tidaklah memelihara wuduk kecuali orang yang beriman”(H.R.Ibnu Majah,Ad Darimi,Ibnu Hibban)
7)SELALU BERISTIGHFAR
Istighfar adalah zikir yang dapat membuka kunci Rezeki Dunia dan Akhirat,memberi penyelesaian kepada sebarang masalah kehidupan,mendapatkan ketenangan batin,keluarga yang Sakinah Mawaddah Warahmah dan nikmat hidup yang baik..(Rujuk Quran surah Hud (11):3)
Semoga amalan-amalan Sunnah basik ini akan memberikan kita kekuatan untuk melonjak didalam arena dakwah dan menjadi insan pilihan Allah di akhirat kelak.ini bar amalan untuk memantapkan taqwa diri sendiri,belum lagi ribuan amalan sunnah lain.. Subhanallah..!
Semoga ianya bermanfaat dan dipraktikkan oleh diri ini dan kita semua..Insyaallah..
Wallahu A’lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan