Jumaat, 23 Oktober 2009

Kelebihan Menghafaz Al-Quran

Menjadi seorang hafiz sepatutnya menjadi cita-cita setiap orang Islam kerana
mereka akan mendapat pelbagai keutamaan dan kelebihan samada di dunia lebih-lebih
lagi di alam akhirat. Menjadi hafiz merupakan nikmat rabbani yang datangnya dari Allah S.W.T. kerana kelebihan menghafaz al-Quran sama nilainya dengan nikmat kenabian, cuma bezanya tidak diberi wahyu. Sabda Rasulullah S.A.W.:
"مَنْ قَرَأ الْقُرْآنَ فَقَدْ اِسْتَدْرَجَ النُّبُوَّةَ بَيْنَ جَنْبَيْهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يُوْحَى إِلَيْهِ
لاَ يَنْبَغِيْ لِصَاحِبِ الْقُرْآنَ أَنْ يَجُدَّ مَعَ مَنْ وَجَدَّ وَلاَ يَجْهَلْ مَعَ مَنْ
يَجْهَلْ وَ فِى جَوْفِهِ آَلاَمَ الله".
Terjemahannya:
“Barangsiapa yang membaca (menghafaz) al-Quran, dia menyimpan ilmu kenabian dalam dadanya walaupun tiada lagi wahyu diturunkan untuknya. Adalah tidak wajar bagi seorang hafiz al-Quran memarahi orang yang pemarah dan juga tidak patut bertindak jahil terhadap orang yang jahil, sedangkan al- Quran berada dalam dadanya.”
(Hadith Riwayat Hakim)
Seorang hafiz juga digelar “Hamilul Quran” iaitu iaitu orang yang mampu memahami makna ayat-ayat al-Quran, mengetahui hukum hakam di dalamnya dan mengamalkan isi kandungannya (Ismail Masyhuri, 1993: 87). Para Hafiz akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga serta diberi kelebihan untuk memberi syafaat kepada sepuluh orang dari kalangan keluarga terdekatnya yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. masuk neraka. Ini digambarkan dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi
مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ فَاسْتَظْهَرَهُ فَأَحَلَّ حَلاَلَهُ وَحَرَّمَ حَرَامَهُ أَدْخَلَهُ اللهُ أجَنَةَ
وَ شَفَعَهُ فِيْ عَشْرَةَ مِنْ اَهْلِ بَيْتِهِ آُلُّهُمْ قَدْ وَجَبَتْ لَهُمْ النَّارَ
Terjemahannya:
"Barangsiapa membaca al-Quran dan menghafaznya serta menghalalkan apa yang dihalalkan oleh al-Quran(mengamalkannya) serta mengharamkan apa yang diharamkan oleh al-Quran (meninggalkannya) nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan menerima syafaatnya bagi sepuluh orang dari ahli keluarganya yang kesemuanya telah diwajibkan masuk neraka".
(Hadith riwayat Ahmad dan Tirmidhi)
Seorang hafiz al-Quran akan diberi nikmat di alam kubur lagi meskipun kesusahan, kepayahan dan huru hara di alam akhirat amat dahsyat. Jasadnya akan terpelihara seperti keadaan asalnya tanpa dirosakkan oleh sesuatu pun sedangkan tubuh orang lain tidak terkecuali daripadanya. Hafiz al-Quran merupakan orang yang mendapat penghargaan khusus dari Nabi Muhammad S.A.W. Penghargaan seumpama ini pernah diberikan oleh baginda ketika pengkebumian para syuhada’ yang hafaz al-Quran seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadith:
"إِنَّ الرَّسُولَ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آَانَ يَجْمَعُ بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ مِنْ قَتْلَى
أُحُدٌ فِي ثَوْبَ وَاحِدٍ ثُمَّ يَقُوْلُ:أَيُّهُمَا أَآْثَرَ أَخْذًا لِلْقُرْآنِ فَإِذَا أُشِيْرَ إِلَي
أَحَدِهِمَا قَدَّمَهُ فِي اللَّحْدِ قَالَ:أَنَا شَهِيْدٌ عَلَى هَؤُلاَءِ".
Terjemahannya: “Dari Jabir bin Abdullah R.A., bahawa suatu ketika Rasulullah
S.A.W. mengumpul dua orang lelaki yang syahid dalam peperangan Uhud dalam satu liang lahad, lalu baginda bertanya,“Siapakah di antara kedua-dua ini yang paling banyak menghafaz al-Quran?”. Apabila ditunjukkan kepada baginda salah seorang
dari mereka maka nabi akan mendahulukan pengkebumiannya lalu bersabda, “Aku menjadi saksi terhadap mereka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Abu Dawud dan Nasa’i)
Al-Quran akan menjadi pendamping dan pemberi syafaat kepada pendokongnya
di akhirat tatkala manusia yang lain di dalam kesusahan. Ketika umat manusia
mencari para anbia A.S. untuk mendapatkan syafaat bagi kelepasan dari azab di
akhirat, seorang hafiz pastinya merasa lega dengan jaminan syafaat al-Quran.
Para ibubapa adalah orang yang bertanggungjawab terhadap pelajaran anaknya
dan berusaha untuk menjadikan anaknya sebagai hafiz al-Quran akan juga
mendapat ketinggian martabat di akhirat nanti berdasarkan hadith Nabi S.A.W:
"عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنُ عَمْرُوْ بْنِ الْعَاصْ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَاَ قَالَ: قَالَ
رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ: يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنَ: إِقْرَأْ وَارْتَقِ
وَرَتِّلَ آَمَا آُنْتَ تَرََتَّلَ فِى الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ أَيَةَ تَقْرَأَهَا".
Terjemahannya:
“Dari 'Abdullah bin 'Amru bin al-'As, katanya, Rasulullah S.A.W.bersabda: Akan diseru kepada ahli-ahli al-Quran (hafiz): Bacalahdan naiklah ke tingkat darjat syurga yang lebih tinggi (hampir dengan para nabi), bacalah sebanyak mana yang telah kamu baca
di dunia. Sesungguhnya martabat dan darjat kamu di syurga adalah ayat terakhir yang telah kamu baca.”
( Hadith riwayat ahmad, Abu Dawud, Tarmidhi dan Nasa'i ) Manakala dalam hadith lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan